Skandal penggodaman telefon News International

Rupert Murdoch, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif News Corporation, syarikat induk kepada News International.

Skandal akhbar News of the World godam telefon melibatkan wartawan News Corporation milik jutawan konglomerat Rupert Murdoch di Britain antara 2002 hingga kini. Dalam mendahului berita , wartawan mereka telah menceroboh dan memasang alat curi dengar pada telefon para artis, mangsa kemalangan peristiwa 7/7/2005 dan Milly Downer . Kontroversi ini timbul dan pecah ketika Rupert Murdoch / News Corp hendak mengambil alih syarikat British Sky Broadcasting .

Berikutan pendedahan itu, pada 6 Julai 2011, Perdana Menteri Britain David Cameron mengumumkan akan menubuhkan jawatankuasa siasatan menyeluruh. Beberapa syarikat pengiklan turut membatalkan iklan mereka di News of the World. Seterusnya syarikat itu mengumumkan menamatkan penerbitan , edisi terakhir pada 10 Julai 2011 selepas 168 tahun penerbitan.

Pada 13 Julai, David Cameron menamakan Lord Justice Leveson sebagai pengerusi siasatan dan mengkaji tuntutan khusus berhubung penggodaman telefon oleh News of the World. Wartawan atau pemberita dituduh membuat bayaran haram kepada polis untuk mendapatkan berita utama dan sensasi. Semua ini tidak selari dengan budaya dan etika media British . Beliau juga mahu Suruhanjaya Aduan Akhbar akan digantikan "sepenuhnya" .

Skandal itu akhirnya mendapat reaksi hebat di Amerika Syarikat kerana News Corporation beribu pejabat dan beroperasi pelbagai media di Amerika Syarikat. Pada 14 Julai, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyiasat sendiri News Corporation terutama kes melanggar Akta Amalan Rasuah Asing dan akses mel suara mangsa-mangsa serangan 9 / 11 . Pada 15 Julai, Peguam Negara AS , Eric Holder mengumumkan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat juga telah membuka kertas penyiasatan ke dalam syarikat itu .


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search